Perjalanan Umrah 2012- Umrah pertama  

Posted by montel

Alhamdullilah.... SubhanAllah... AllahHuakbar....



kami di bawa masuk melalui pintu 1, iaitu pintu Al Malik Abdul Aziz. Turun tangga yang pertama. Di celah celah tiang tiang tu, aku nampak bayangan Kaabah. aku teruskan perjalanan menuju ke sana.

Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar..

Melihat Kaabah untuk pertama kali nya benar benar menginsafkan..di samping mengujakan..
"Ya Allah...segalanya kuasa Mu.."

Kemudian aku mengerjakan tawaf bersama sama mutawwif. Kemudian aku solat sunat tawaf di behadapan dengan hijir Ismail. masa ni mutawwif pun dah hilang. aku berseorangan
Aku minum air zam zam yang sejuk.

"Ya Allah Berikan lah ku Pengetahuan yang luas, rezeki yang melimpah dan kesihatan dari penyakit."

kemudian bergerak mencari bukit Safa. aku perhatikan . aku nampak ada orang berlari lari di hujung sana. oo sure tu laluan safa dan marwah, tapi di mana permulaannya...
Bayangkan ,, aku berseorangan , ntah mana group lain, dan mutawwif pun agak loose, tak control . Ini penting nya memilih travel agensi yang baik, ;).
aku teruskan perjalanan mencari bukit Safa. Perjalanan ini benar benar menguji aku. Di sini aku merasakan bawaha betapa kerdilnya aku sebagai hamba.. yang hanya mampu memohon pertolongan dan hanya kepadaNya sahaja aku memohon.


Alhamdullilah.. Aku berjaya menamatkan ibadah saie..


kemudian untuk tahalul.... aku ternampak satu kumpulan dari indonesia tengah beratur untuk tahalul.. aku tumpang sekaki.. alhamdullilah..selesai umrah pertama ku.



Aku bergerak ke hadapan kaabah.. duduk di sana.. sehingga lah selepas solat subuh baru aku bergerak ke hotel .... Suhu di Makkah pada masa itu sekitar 20 darjah Celcius. Sejuk dan nyaman..

This entry was posted on Monday, April 09, 2012 at Monday, April 09, 2012 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment