Perjalanan Umrah 2012-Pemilihan Travel agensi  

Posted by montel

Alhamdullilah... segalanya telah selesai. Aku selamat kembali ke tanah air pada 10 March 2012. Semua nya kuasa Allah. Perjalanan ini benar benar mengubah paradigma dalam diri tentang segala nya. Yang paling penting ialah ianya mendidik dan mengajar aku tentang menghargai setiap nikmat Allah, tak kira apa pun yang diberikan, samaada baik dan buruk, senang dan susah, cepat dan lambat, kenyang dan lapar, sempit dan lapang, sihat dan sakit... hidup dan mati ..








Pemilihan Travel agensi

Pada mula nya aku menelefon tabung haji travel dalam bulan 11 2011 untuk maklumat . Mereka menyatakan penerbangan paling awal adalah sekitar bulan 4 dan 5 , sebab semua nya sudah penuh. Selepas itu aku cuba lagi beberapa travel agensi, jawapan hampir sama. Aku sudah merasakan cabaran. Ya Allah , permudahkan. Lepas tu ada ustaz tu cakap cuba tengok kat depan surau, ada iklan kat pokok luar tu. Ya Allah..depan mata rupanya.. aku call , Al Fahjr Travel. dia cakap ada.... Alhamdullilah..buat appointment . aku suruh diaorang emel package. tu.. erm ada beberapa pilihan nampaknya ,
pilihan pertama , KL-Lahore-Madinah-Mekah-jeddah_kl( Pakistan Air)
Pilihan kedua - KL-Jeddah-Mekah_Madinah-KL ( MAS)

erm...nak pilih mana ye? takpe la ..esok pergi sana kita citer :D . Aku pergi la bersama sama Isteri dan anak anak .. nak cari pejabat dia. rupanya dekat dengan pasar borong tu je.. ok . sampai sana,
aku cakap paling cepat bila boleh pergi ?
dia cakap berapa orang?
aku cakap sorang je.
dia cakap kalau sorang ada seat kosong untuk MAS-KL-JEDDAH-MEKAH-MADINAH, sebab ada orang dia dah turn down, dan flight akan berangkat pada 28 Feb 2012.
aku cakap..ok la.. bayar dan dia bagi beg dan risalah .

masa ni dah syahdu..dah satu step dari semalam...

This entry was posted on Monday, April 09, 2012 at Monday, April 09, 2012 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment