Perjalanan Umrah 2012- Persediaan mental dan Fizikal  

Posted by montel

Pertama nya kena buat injection. yang tu aku buat kat Klinik Ilham Tasik puteri . RM 120. Selepas tu ambik gambar 4 keping bersaiz passport RM16. Then kena submit balik dengan pasport ke travel agency. dan buat bayaran penuh. Total RM4790.

Langkah seterusnya ialah cari ilmu pasal nak buat umrah. Aku ambik beberapa pendekatan.

1. Hadiri kursus umrah yang di berikan oleh agensi. 4 kali total. Untuk yang pertama kali macam aku memang kena ikut. Blank.

2. Beli buku . Antara buku yang aku beli ialah 50 Tips motivasi haji

3. Dapat buku dari kawan. Kawan bagi 2 buku, satu yang jenis sangkut tu. sekarang buku tu aku kasi pulak kat kawan aku yang pergi umrah .

4. Berguru dengan ustaz. Private class, dapat lah 3 kali. Yang ni ada praktical. lengkap. Bagi aku yang ini banyak membantu aku memahami erti mengerjakan umrah.

5. Beli Ihram sepasang (RM 90) , Tali pinggang ( RM35), Jubah 3 pasang,(RM160,RM120,RM120), Seluar 2 helai ( RM35 sehelai), Tshirt 2 Helai ( RM35 Sehelai) , tasbih electronik ( RM 7)

6. Aku mulakan berjalan lebih kurang 1Km sehari , sebab dalam buku cakap Kurang kurang kena jalan lebih kurang 4 KM untuk tawaf dan saie.

Semakin hari semakin berdebar... Pengajaran yang paling penting semasa proses penyediaan ini ialah banyak membaca, belajar dan jangan malu untuk bertanya, sebab walau macamana kita bersedia pun, semuanya bergantung kepada ketentuan Allah.

Di sini aku belajar dan memahami konsep tawakkal... yang


akan benar benar di rasakan semasa di sana.


Lapangan terbang Jeddah. Penerbangan terus dari KLIA. Ihram di pakai semasa di KLIA.


Naik bas ke terminal. Turun di terminal haji. Setelah 8 Jam perjalanan


Benar benar menguji. Ihram di pakai lebih dari 12 jam untuk perjalanan keseluruhan dari KLIA sampai ke Mekah.

This entry was posted on Monday, April 09, 2012 at Monday, April 09, 2012 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment