Perjalanan Umrah 2012- Makkah -Nikmat nikmat  

Posted by montel

Assalamualaikum

aku nak berkongsi dengan nikmat nikmat yang aku dapat sepanjang perjalanan ini. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan pemikiran aku sahja. Wallahualam



1. Nikmat rezeki.
Selama ni aku selalu mengeluh kalau tak cukup duit untuk berbuat sesuatu. Aku bersangka untuk dapatkan rezeki , semuanya bergantung kepada usaha aku. Tetapi hakikatnya, semuanya di tentukan oleh Allah. Kejadian kejadian berkenaan rezeki aku nukilkan di bawah ini.
a. Aku mendapat kelapangan masa kerana cuti belajar sepenuh masa
b. Dapat bayaran untuk mengajar tempohari ( beribu ringgit)
c. Dapat bayaran backdated gaji ( yang ni langsung tak terfikir).
d. Aku kehilangan berpuluh ribu ringgit atas beberapa kejadian sebelum tahun 2011 berakhir
e. Dapat backdated elaun belajar . pun beribu ringgit.

Pengajaran: 1. Jangan putus harap dengan Allah. Dia sentiasa mendengar dan Maha Mengasihani
2. Amalkan solat Dhuha. aku pun baru tau solat ni dalam bulan 11 tahun 2011. insyaAllah.. Amalkan...Yakin dengan Allah



2. Nikmat Sunyi
Perjalanan solo aku di Tanah Haram ini membawa kepada banyak masa aku bersendirian. Aku gunakan untuk musahabah diri. Walaupun ianya memang suatu kepedihan yang amat menyusuk hati dan perasaan , meruntun jiwa, pengajaran ini juga amat bermakna. Aku mempunyai banyak masa untuk aku... mengenal aku...mengenal Allah...



3. Nikmat Sihat
Untuk 4 hari yang pertama , aku memang seronok di Makkah. Dapat mencium hajarul Aswad, Solat di Hijir Ismail, memegang Multazam, solat di bawah pancuran emas, solat di depan Kaabah.. semasa aku sihat... kemudian dugaan mendatang.. kaki ku pecah pecah..dari hari ke empat sampai lah ke akhirnya..aku hanya mampu membuat 2 kali umrah sahaja...semasa aku sihat...


4. Nikmat Sakit
semasa kaki ku sakit dan luka, segala perjalanan seolah olah terhenti.. perjalanan ke Masjid menjadi bertambah lama. Pengajarannya ialah aku dapat tumpukan masa di Masjid lebih dari 18 jam sehari. SubhanAllah... nikmat itu hanya dapat ku rasa disebabkan kesakitan aku. Satu lagi, gigi ku sakit dan patah di tingkat 1 Masjidil Haram.. aku pohon pada Allah untuk tinggalkan sebahagian dari diriku di sana. Alhamdullilah...Allah perkenankan...

5. Nikmat Hidup
DiIzinkan Allah aku masih mampu menghirup udaranya, masih mampu berjalan di tanah haramnya , masih mampu berkata kata, mendengar dan melihat. Sesungguhnya setiap kehidupan itu amat bermakna, sekiranya dimanfaatkan.

6. Nikmat Kematian
Kematian adalah sesuatu kepastian. Mati di tanah haram amatlah di dambakan oleh semua umat Islam. Aku tengok solat jenazah ada di setiap waktu. MasyaAllah, berapa juta manusia yang solat serta berdoa untuk jenazah jenazah tersebut? tu nama dia nikmat kematian...


7. Nikmat Berkeluarga
pergi solo ni memang la syahdu, masa ni lah teringat isteri tercinta dan anak anak . Kesimpulan nya , hargai lah mereka. masa ni lah cabaran datang, pandang kiri nampak laki bini berpimpin pimpin tangan, makan bersama sama, anak anak lari sana sini ... mesra.... aku?? solo...tak leh nak bercakap dengan sapa..kawan ntah kemana.. ada pak aarab...nak cakap..aku tak reti pun

This entry was posted on Monday, April 09, 2012 at Monday, April 09, 2012 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment