Update dari Petronas Sg Raya.Lagi 15KM dari Ipoh  

Posted by montel

Sekarang ni dah 173.2KM dari Rumah.lagi 15km ke Ipoh.Aku update blog ni dari Ftech EEbook dengan DIGI.Kenapa aku beli digi , pasal kejap lagi dia ada 3g.lagi pun aku dah ada celcom dan maxis 3g,so atleast ada alternative untuk ke internet.

eebook ni harga dia RM1900. 2GB memory , 160GBhardisk,intel atom 1.60Ghz processor, 3 usb port,card reader dengan windows xp. saingan terdekat ialah Asus ee book jugak, tapi aku dah tgk keyboard dia. nampak ftech ni lagi bagus.satu lagi vaio p-series.. tu dah tahap bmw dah.. sebab dia pakai vista...cun giler ..vista on ATOM ..sabau je la.performance tak leh nak cakap apa

setakat ni aku masih puas hati.eebook ftech ni fully function notebook. bateri pun tahan lebih 4 jam.so, kalau setakat dalam malaysia..tak de masalahlah

ok. target aku tak sampailagi..tgk la kalau ada bateri nanti aku update lagi

hari ni Pizza lagi  

Posted by montel

Ni yang wife aku buat


Ni konon pie la, quiche la konon. bezanya quiche ni kena bakar dulu dough dia , sebelum masukkan isi


quiche ke pie ke. lebih kurang la :D



sampai rumah dalam kul 7.40, atas meja ada pizza..kali ni wife aku buat pulak..lagi sedap , sebab belajar dari kesilapan semalam.. terlalu banyak sos tu :D

habis aku sapu licin.

gambar akan menyusul

Dinner.. pizzaa  

Posted by montel

malam ni aku masak pizza... masak tau ..bukan beli

resepi

mauripan, tepung , gula , garam , air

pastu
topping

carbonara, hotdog, chesse, capsicum, bawang besar, olive oil

nak buat ..1 jam

makan..10 minit settle ;d

Menghidupkan suasana mesra suami isteri  

Posted by montel

Menghidupkan suasana mesra suami isteri

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia
sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat
kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan
sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa
yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu
itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena
gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula
naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada
yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan
mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok
mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu
menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang
kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan
ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops,
maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si
dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,
pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan
ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda
melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka
sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia
melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan
lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam
anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan,
kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak
sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan
anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika
menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan
menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang.
Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia,
biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia
memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu
menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu
boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak
juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika
bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah
mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri
pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau
rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah
rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan
ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa
kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit
melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear...ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk
diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia.
Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan
adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di
dalam kereta.

12. Ops... tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas
mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh
semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda.
Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah
kepada anda....

13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama,
mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang
sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja
padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar
contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya
tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel
dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi
bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara
ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.. .

15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau
sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain
pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi
perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika
duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya.
Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari
ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti
pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya.
Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat,
tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga.
Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara
ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti
tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling
sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing
terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan
kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan
tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah
boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar
si dia.

lost count  

Posted by montel

aku dah tak keep track apa yang berlaku

sabtu tadi ... bermula dari rumah pukul 1100
jalan jalan sampai genting sempah McDonald..

makan makan

balik kl sampai ke Seri Kembangan..masuk tepi Mines tu..terus sampai ke Semenyih.

pastu tetiba je masuk highway LEKAS. Singgah di perhentian Beranang. Keluar di Mantin.

dari Mantin masuk Seremban. Keluar di Senawang, Isi GAS.

Jalan Jalan lagi

Singgah di Cendol Leman Dawi. Bagus abang ni , semua free, air bali free, tambah cendol free, tambah ais free, tambah gula merah free. orang ramai seh, rezeki dia lah tu, tak kedekut

Jalan jalan jalan, sampai Batu Berendam.

pastu jalan lagi

sampai UMBAI, makan malam di sana, cam biasa, ikan bakar, udang bakar dan otak otak

pastu balik.. lalu alor gajah

naik highway :D

conclusion, kalau tension, pi cari solution

aku punya therapy ialah Driving. lepas driving semua settle

cubaan update port kat Freebsd 6.3 ..sekali tak update daaa  

Posted by montel

Kasi update ports tree. Aku punya tak pernah update daa...kenapa? sebab aku tak install apa apa pun :D . gunakan default tanpa was was...yang ni lah salahnya


# cd /usr/ports/ports-mgmt/portupgrade
# make install clean
# cd /usr/ports/net/cvsup
# make install clean
# cp /usr/share/examples/cvsup/ports-supfile /root/ports-supfile
# vi /root/ports-supfile


aku gunakan cvsup server kat freebsd terus. tamak seh

#######################################################
*default host=cvssup.FreeBSD.org
*default base=/var/db
*default prefix=/usr
*default release=cvs tag=.
*default delete use-rel-suffix
#comment the below line if you don’t want to update the /src directory
#src-all
#update /usr/ports
ports-all tag=.
#######################################################

Kasi update
# cvsup -L 2 /root/ports-supfile
# portsdb -Uu
Sekarang ni nak update mana

# portversion -l “<”
# portupgrade -arR
# pkgdb -F


Fusefs ni la yang kasi baca ntfs kat freebsd

# cd /usr/ports/sysutils/fusefs-kmod
# cd /usr/ports/sysutils/fusefs-libs
# cd /usr/ports/sysutils/fusefs-ntfs

buat make deinstall dulu
pastu baru make install

kalau tak jadi jugak ...nama pun cubaan

hari ke 4  

Posted by montel

masih tiada apa apa lead. tapi, sekarang ni dah focus kepada analisis, so , perkembangan yang bagus la kan.

at least something :D

How to analyse more than 1GB tcpdump file  

Posted by montel

1. To capture the whole network traffic, I'm using tcpdump . Yeah captured it all, since I've with me a 220 GB hardisk. So i've plenty of diskspace to play with.
A daily network traffic shows that the network traffics dump size is between 1G - 2G per day.

2. I tried using split . It can split the file, but the output can't be read by tcpdump.

3. i'm continue using wireshark. Crash. not even want to parse it using ethereal.

4. Switched to more powerful machine.a 4GB memory Dell XPS with Vista..yeah. Vista.. Download networkminer. cool tools, the analysis part are better than wireshark, ethereal and of course tcpdump.
http://sourceforge.net/projects/networkminer/

5. It took me about 12 hours to load 1G file. but, suddenly after the 13th hours, at around 4.30 am, the system crash. Damm.. 4.30 am. and it was only 63%. Damm ..Dammm

6. So the key for success is by breaking the tcpdump file into smaller size. Chop it so that it can be read by all the analyzer.
thank to my friend from the northen region who have given me this link
http://www.badpenguin.co.uk/main/content/view/46/1/ which introduce me to perl script pcap-lib.pl

7. I'm setting up a new PCBSD in VMware, since this notebook also still new.
http://pcbsd.org/

8. I've run the perl script but it come out with an error. The Perl guru have ask me to update the perl module from CPAN
#perl -MCPAN -e shell
cpan[1]> install Net::Pcap

then after all the installation done i managed to run the perl script that chop the file into whatever MB i want. In this case , I'm splitting the 1 GB file to individual 50MB.

9. walla..all the file now readable by tcpdump. But not by networkminer.

10. one last trick is to change the extension to .pcap instead of .tcpdump which have been generated by the pcap-lib.pl script.
11. On the same time I've reinstall a new XP box for the analysis, but the networkminer is not working there. Fall back using the XPS.

12. Today the log size is increasing to 1.8GB . apart from 1GB yesterday..

in my calculation, a day is only 24 hours...

13. hahha . Orang Utara kasi tau.. pi install dotnet dulu dalam xp tu. serious. After installed the dotnet, my networkminer is running fine. Now , i tried to load 1 GB file, see how laa..can stand or not.

Realizing the theory..  

Posted by montel

minggu ni aku berhadapan dengan merealisasikan theory. kenapa aku cakap cam tu? selama ni kita hanya membaca , membuat presentation dalam buku dan kali ini , buat sekelian kalinya aku turun padang.

etceli, aku memang praktical base punya orang. kalau setakat theori ni , aku susah nak faham ..sebab aku percaya seseorang kena buat dulu , baru boleh bercakap tentang benda tu

bak kata orang, realiti check. tu lah aku. kadang kadang naik berbulu jugak, kalau orang citer pasal itu lah , ini lah, last last ada quote belakang tu, ni berdasarkan pembacaan dan pengalaman kawan saya..


la..kawan.. bukan ngko ye.

ok.. seminggu outstation ... tunggu hasil..ada untung sabut timbul..untung batu tenggelam.. anything can happen..

apa apa hal pun boleh jadi  

Posted by montel

1. orang tak akan mengaku salah sendiri .
2. kena cari orang untuk di persalahkan ( refer no 1)
3. kalau keja nak bagus, kena bagi tau semua orang, lebih lebih lagi kalau ikhlas, yang ni memang kena bagi tau orang..kerja dengan ikhlas

Cuti 3 hari...aku jalan 2 hari je :D  

Posted by montel

hari Sabtu tu tak leh nak buat apa. tidur makan tidur makan .. last last malam tu jalan pi Jeram . Makan kat sana. Makin besar tempat tu .

pagi ahad tu habis je Sobrie tusyen sekolah agama, kitaorang tgk Hocus Pocus.
pastu masuk keta, isi gas..
jalan terus punya terus punya terus.. sampai IPOH . berenti depan Billion Ipoh pasal ada signboard jual Satay Goreng. Puh sedap seh tempat tu, satay goreng, nasi lemak , otak otak goreng. PAstu sesat di IPOH. Jalan banyak tutup, maklumlah Thaipusam dan isu perak yang tak settle settle lagi tu

dalam pukul 6.40 gerak keluar dari IPOH. masalahnya , tak banyak signboard yang ada tulis camner nak pergi ke arah LUMUT. tension tul aku , tanya orang sana sini, last last dapat jugak keluar. Sampai Petronas Lahat tu, kitaorang berenti isi minyak dan sembahyang. dan terus menghala ke LUMUT. sampai sitiawan kitaroang terus keluar dan cari makan. ada la satu kedai tepi jalan ni , DIMUARA Seafood , pergh. duduklah makan situ.. erm ...kalau 10 , aku bagi 3 je.

pastu terus jalan, sampai sg besar , beli satay dan balik rumah mak mertua aku.

tido situ

Kesimpulannya.. kita boleh berjalan tanpa menggunakan duit yang banyak :D , kurang dari RM200 untuk perjalanan yang amat bermakna, termasuk minyak dan makan. Aku langsung tak bayar TOL untuk perjalanan ini .

Cuti lagi..  

Posted by montel

aku cuti lagi..tapi public holiday satu malaysia
tak nkan tak cuti pulak


tq :D

Memulakan sesuatu kerja  

Posted by montel

untuk memulakan sesuatu kerja, aku selalu buat checklist. tengok satu satu
apa yang kurang. selalunya akan ada yang tak cukup. tapi jangan jadikannya satu alasan
tak boleh buat.

satu lagi, polisi di buat untuk menyenangkan kita. bukan menjadi suatu halangan kepada kerja ..

ni nak buat apa , polisi. nak buat tu, polisi

bak kata kawan aku, Polisi ni bukan Al Quran.. bukan tak boleh diubah

Cameron Highland.. AGAIN and AGAIN... :D  

Posted by montel

aku tak pernah bosan ke cameron highland. rasa dah setiap tahun dari 1994 aku kesana. Paling kurang sekali setahun :D

apa yang bezanya tahun ni , aku pergi balik ke BOH tea factory tu..ya Allah.. cantiknya tempat tu.. aku memang boleh habis kan sehari suntuk lepak kat situ, sambil minum tea ..dengan angin yang dingin dan kabus yang tebal..

seperti biasa , pasar malam di Brinchang sudah menjadi satu kemestian. kali ni aku lalu Tapah, sebab malas nak ke Simpang Pulai, lagi pun jauh.

Aku memang suka Cameron Highland....

:D

Saufie... dah setahun dah..masa dia 6 bulan pun kita dah pergi sini


saufie lagi..amboi ..


Sobrie dan Sidqie.. apa lagi ...nak mainan la tu


Di Kilang BOH...huh cantiknya....


Aku suka betul keadaan cam ni ..sejuk dan cantik


Diqie..lepas minum caramel tea...


BOH factory.. A must visit... :D


Yang ni tepi jalan besar tu , The teashop...lepak kat sini seharian pun ok


Saufie dan Inah..di Taman Bunga depan hotel..makin tak terjaga tempat tu ..