Kadang kala kita berhadapan dengan situasi yang menyatakan " ini semua salah perancangan" dan " kalau tau camni, dulu aku buat camtu " dan " camner lah nak kerja, team ada berapa orang je, kerja banyak "..
masalah ini adalah berkaitan dengan sumber tenaga kerja , modal dan sebagainya. Aku ambik contoh camni. tahun ni tenaga kerja tidak boleh bertambah kerana ekonomi agak merudum, tetapi kerja dalam perangcangan tidak boleh di lupakan.
Soalan, adakah
a) kita menjadikan itu sebagai alasan untuk meyebabkan kerja tak siap atau b) kita berkerja untuk mengatasi masalah tersebut ?
jawapan a) amat mudah di pilih kerana kita boleh menyalahkan orang lain atau keadaan sekiranya kita tidak dapat memnyelesaikan tugas tersebut.
jawapan b) membuatkan game plan kita bertukar kerana kita mahu meneruskan survival ini.
Jawapan yang kita ambil akan berbeza sekiranya kita berada di atas kapal di tengah lautan yang luas. Untuk membolehkan sesuatu kapal itu sampai ke destinasi yang sepatutnya, berbagai kelengkapan di sediakan seperti bekalan makanan, minuman, minyak, perubatan dan sebagainya. setiap benda tersebut akan diambil kira termasuk jadi segi jumlah dan keberatannya sebab kapal tersebut hanya mempunyai ruang yang amat terhad.
tetiba, di tengah perjalanan , ombak besar melanda. memang besar sangat, so
apa game plan kita, nak kasi ringan kapal ke, nak kasi engin bergerak lebih laju ke , nak patah balik ke ? ,tapi , yang paling penting, pilihan kita amat terhad dan tak de sapa nak bantu.
jadi , bagi aku, jawapan B akan menjadikan kita lebih berdaya saing yang mana kita tak kan lari dari masalah, tapi bekerja di dalam linkungan masalah itu sendiri.
This entry was posted
on Thursday, January 22, 2009
at Thursday, January 22, 2009
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.