menerima tetamu di Aidilfitri  

Posted by montel

Malam semalam, Kak wok, Abang Milus, Zaidi , Nazaroha dan anak anak nya berapa di rumah aku. Aku sebenarnya baru balik dari perak.Pergi pagi balik petang.
.masa diaorang call tu, dah nak sampai rumah. then, suhaimi pun call jugak nak datang. aku cari sate yang belum dibakar..
tetapi , tak de satu pun kedai ada..gilos..

then nampak ayam golek.. dalam tu tinggal 4 je , aku beli 3 ..sebab 1 lagi tu pun dah kena booked.

balik , sampai je rumah, jiran sebelah kasi nasi briyani.. banyak jugak . Alhamdullillah...

aku potong balik ayam golek tu, taruk black pepper sauce dan madu, pastu aku goreng tanpa minyak di atas periuk yang masak tak yah minyak tu ( baru beli sebelum raya)

Inah siapkan depan dan aku buat bahagian dapur.
ngam ngam 7.50 zaidi sampai.

thank la ..pasal ni je la saudara aku yang datang ke rumah tahun ni. So , memang rezeki diaorang la .. ayam bakar campur nasi briyani..

then, selepas diaorang balik je, shuhaimi pun sampai.. lepak rumah aku sampai pukul 11.20 malam. jauh tu diaroang nak balik ke kelang,

anyway.. thanks untuk semua yang datang .

Hari ni, aku balas balik, jalan ke Kelang. ni pun baru sampai rumah .

minggu depan . 17HB dah banyak temu janji.

This entry was posted on Sunday, October 11, 2009 at Sunday, October 11, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment