Aildifitri..apa yang berbeza tahun ini ??  

Posted by montel

Aku dah semakin matang A.K.A tua. jadi , tak de la terasa sangat dengan keadaan semasa yang tak membantu minda untuk berkembang. Kalau dulu kalau raya aku selalu buat active mode, ( mengunjungi) , tetapi kali ni aku buat passive mode. tapi tak passive sangat pun. Jalan tetap jalan.

Anak anak dah besar dan meningkat remaja. Raya ini untuk diaorang, ramai gak kawan kawan diaorang datang. contohnya hari sabtu tadi, penuh jugak rumah. budak budak sekarang dah advance.

Malam Jumaat tadi, aku buat openhouse khas untuk jiran jiran. Alhamdullilah, semua datang seperti dalam jemputan, adalah dalam 50 orang . Menu.. BBQ. Masak 2 jam. makan ..erm
kesimpulan nya, untuk buat BBQ , kena pandai jaga masa, sebab nak siapkan pembakar tu je kurang kurang 30 minit , lepas tu masak ayam dulu, barulah benda benda lain. Ikan , sotong, udang semua tu cepat je. satu lagi tips, makesure ada nasi ,sebab kita orang melayu mesti nak makan nasi, mana jalan nak makan lauk je. lagi satu, budak budak bukan suka sangat BBQ ni , bagi diaorang, ada hotdog sure jalan . tengok dari gaya tahun ni, kalau ada rezeki tahun depan , kena buat lagi,

etceli, aku buat tiap-tiap tahun dengan konsep yang berbeza beza. ada yang jemput family je, ada yang jemput kawan office je, ada yang jemput kawan kawan anak je, ada yang jemput kawan kawan rapat . tetapi dengan jiran, memang tiap tahun.

kesimpulannya, aku masih meneruskan aktiviti raya , seperti pergi menziarahi pusara emak dan bapak, mengunjungi kawan kawan lama dan adik beradik, saudara mara , buat open house. tapi tu lah, setakat ni takde sorang pun saudara mara yang datang rumah aku.
seriously, aku tak percaya orang hanya perlu datang kalau dijemput ke rumah terbuka. Sebab bagi aku raya ialah raya. boleh datang bila bila masa sahaja.

Anyway, aku ada terbaca dalam mingguan wanita terkini. tentang menilai tahap kepentingan kita dari kacamata seseorang, hanya melalui sms. katanya, kalau kita send sms , jawapan yang kita terima serta merta, itu tandanya, kita masih penting bagi mereka. Kalau dalam masa 1 jam ke 24 jam, bermakna penerima masih cuba mencari jawapan tetapi kita masih penting juga. Kalau dalam sebulan , kita sms lebih dari 10 kali, dan tiada balasan, sahlah ..kita sudah tak de peluang dalam hidup mereka.

fikir fikir la.. kalau masih hidup ni pun orang tak kisah, jangan di tangisi kalau dah pergi

This entry was posted on Sunday, October 04, 2009 at Sunday, October 04, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 comments

bukan taknak gi, tapi perut dah kena potong usus tinggal sikit lepas chemo badan macam sotongkene bbq, yg lain, satu dalam hosp mulut herut, yg sulong kaki bengkak, yg lian2 tau tau ajelah.
taun ni kita tak beli pun baju unt raya takut tak sempat pakai

October 5, 2009 at 5:52 PM

wow.. sms tu tak tahan beb.. ada betulnya.. kena nilai diri semula nih..

October 6, 2009 at 11:37 PM

Post a Comment