aku dah terpengaruh dengan Nerf. Tahun lepas, anak aku perkenalkan toys ni .
mula mula aku beli yang basic tu , N-Strike Maverick dan Recon CS-6 Blaster.
sekarang ni aku beli Nerf Longshot CS-6 dan the ultimate Nerf Vulcan EBF-25
gila ..
aku dah ada empat ni.. nak cari lagi satu :D
tunggu hujung bulan la
dah beberapa kali aku sarapan dengan makan 2 biji telur 1/2 masak > di pecahkan dengan sudu, taruk kicap dan lada sulah.
sedapnya ya amat... dan Anak aku saufie yang umur dia 1 tahun 8 bulan tu pun ada tengok.
hari ni , Inah mengadu, Saufie bukak peti ais , lepas tu ambik telur 2 biji yang mentah tu, dah korek isi dia pakai sudu :D
lagu ini untuk mengingatkan kita
bahawa..tiada apa yang kekal..
Tiada Lagi Kidungmu
Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang
Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku
Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku... Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa
Malam semalam, Kak wok, Abang Milus, Zaidi , Nazaroha dan anak anak nya berapa di rumah aku. Aku sebenarnya baru balik dari perak.Pergi pagi balik petang.
.masa diaorang call tu, dah nak sampai rumah. then, suhaimi pun call jugak nak datang. aku cari sate yang belum dibakar..
tetapi , tak de satu pun kedai ada..gilos..
then nampak ayam golek.. dalam tu tinggal 4 je , aku beli 3 ..sebab 1 lagi tu pun dah kena booked.
balik , sampai je rumah, jiran sebelah kasi nasi briyani.. banyak jugak . Alhamdullillah...
aku potong balik ayam golek tu, taruk black pepper sauce dan madu, pastu aku goreng tanpa minyak di atas periuk yang masak tak yah minyak tu ( baru beli sebelum raya)
Inah siapkan depan dan aku buat bahagian dapur.
ngam ngam 7.50 zaidi sampai.
thank la ..pasal ni je la saudara aku yang datang ke rumah tahun ni. So , memang rezeki diaorang la .. ayam bakar campur nasi briyani..
then, selepas diaorang balik je, shuhaimi pun sampai.. lepak rumah aku sampai pukul 11.20 malam. jauh tu diaroang nak balik ke kelang,
anyway.. thanks untuk semua yang datang .
Hari ni, aku balas balik, jalan ke Kelang. ni pun baru sampai rumah .
minggu depan . 17HB dah banyak temu janji.
aku plan nak cari new ride..
budget ..bawah 120K...
spec: auto ( malas nak tukar gear)
cc : Minimum 2.0
Handling dan body: mesti lebih baik dari WAJA aku sekarang ni , kalau tak, baik aku pakai waja je. Waja ni setakat ni antara kereta terbaik yang pernah aku pakai. dah tahun ke 6, tak de problem. lanyak bagai nak giler. mileage dah lebih 190K. engine nya memang bagus. aku selamba je belasah 170 masa mula mula beli tu. Sekarang ni, 150 tu boleh lagi..ada loss power la sudah rasa.. yelah ..engine tak pernah overhaul ke ..ganti valve ke..apa ke.. :)
so antara pilihan aku
1. Caldina 2.0 ZT
2. Caldina 1.8
3. Caldina GT 4
4. Evo Vi
5. Evo V
6. Evo 6
7. Evo VII
8. Honda integra
9. Civic ( kalau ni , baik aku ambik eg model 2 pintu tu )
10. Cefiro A31 ( main drift balik la nampaknya)
tapi... itu semua angan angan pagi jumaat je :D , pasalnya aku masih sayang Waja aku dan dari segi performance dan handling, masih boleh gigit :D
Aku dah semakin matang A.K.A tua. jadi , tak de la terasa sangat dengan keadaan semasa yang tak membantu minda untuk berkembang. Kalau dulu kalau raya aku selalu buat active mode, ( mengunjungi) , tetapi kali ni aku buat passive mode. tapi tak passive sangat pun. Jalan tetap jalan.
Anak anak dah besar dan meningkat remaja. Raya ini untuk diaorang, ramai gak kawan kawan diaorang datang. contohnya hari sabtu tadi, penuh jugak rumah. budak budak sekarang dah advance.
Malam Jumaat tadi, aku buat openhouse khas untuk jiran jiran. Alhamdullilah, semua datang seperti dalam jemputan, adalah dalam 50 orang . Menu.. BBQ. Masak 2 jam. makan ..erm
kesimpulan nya, untuk buat BBQ , kena pandai jaga masa, sebab nak siapkan pembakar tu je kurang kurang 30 minit , lepas tu masak ayam dulu, barulah benda benda lain. Ikan , sotong, udang semua tu cepat je. satu lagi tips, makesure ada nasi ,sebab kita orang melayu mesti nak makan nasi, mana jalan nak makan lauk je. lagi satu, budak budak bukan suka sangat BBQ ni , bagi diaorang, ada hotdog sure jalan . tengok dari gaya tahun ni, kalau ada rezeki tahun depan , kena buat lagi,
etceli, aku buat tiap-tiap tahun dengan konsep yang berbeza beza. ada yang jemput family je, ada yang jemput kawan office je, ada yang jemput kawan kawan anak je, ada yang jemput kawan kawan rapat . tetapi dengan jiran, memang tiap tahun.
kesimpulannya, aku masih meneruskan aktiviti raya , seperti pergi menziarahi pusara emak dan bapak, mengunjungi kawan kawan lama dan adik beradik, saudara mara , buat open house. tapi tu lah, setakat ni takde sorang pun saudara mara yang datang rumah aku.
seriously, aku tak percaya orang hanya perlu datang kalau dijemput ke rumah terbuka. Sebab bagi aku raya ialah raya. boleh datang bila bila masa sahaja.
Anyway, aku ada terbaca dalam mingguan wanita terkini. tentang menilai tahap kepentingan kita dari kacamata seseorang, hanya melalui sms. katanya, kalau kita send sms , jawapan yang kita terima serta merta, itu tandanya, kita masih penting bagi mereka. Kalau dalam masa 1 jam ke 24 jam, bermakna penerima masih cuba mencari jawapan tetapi kita masih penting juga. Kalau dalam sebulan , kita sms lebih dari 10 kali, dan tiada balasan, sahlah ..kita sudah tak de peluang dalam hidup mereka.
fikir fikir la.. kalau masih hidup ni pun orang tak kisah, jangan di tangisi kalau dah pergi