inurl:hp/device/this.LCDispatcher
cat /dev/hda|netcat -q 0 192.168.1.2 9100
lama dah buat ni
Kalau nak baca format Microsoft office 2007, tapi tak beli lagi office 2007, masih pakai office xp cam aku ni ,
download converter tu kat sini
http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?familyid=941B3470-3AE9-4AEE-8F43-C6BB74CD1466&displaylang=en
ok..
hari ni ..ada meeting di putrajaya pukul 9, so untuk sampai sana , aku kena keluar rumah pukul 7 pagi..so, aku bangun pukul 6.15 la. malam sebelum tu , aku tidur pukul 3 pagi. meeting habis pukul 5.00 pm , lepas tu ada meeting lain, sampai pukul 6.30, lepas tu ..balik , sampai rumah 7.45. mandi , sembahyang , keluar balik , 7.50 hantar anak tusyen, pastu keluar makan sebab nak tunggu anak balik kul 10.00 malam
terus sampai rumah dalam 10.30 malam, balik je,
bukak komputer dan buat kerja sampai tak tau pukul berapa,
pasal esok pagi ada meeting pukul 9.30, aku kena keluar rumah pukul 7 pagi..so, aku bangun pukul 6.15 la.
aik .. berulang ulang lak...
bila aku nak rehat...oooo,,dah mampus nanti baru lah boleh rehat agaknya la ye
Percubaan hari ni gagal
jenuh aku cari diinternet resepi kek yang baik
halangan pertama aku ialah coklat masakan yang aku beli sebenarnya berwarna putih, aku ingat cokelat, aduhai..
pastu mixer aku sebenarnya dah patah, pakai tangan je mixed semua tu.
tapi tu bukan alasan yang baik la
aku tgk dalam oven, naik kat tepi, tapi bila aku off oven tu , kat tengah tu terus jatuh ..
dah la masa tu , aku pi buat frosting dia, punya la confident kek tu jadi..
frosting dah siap. kek tak jadi..
nanti aku cuba lagi lah..
kena belajar dengan guru kot.
Aku pernah tulis pasal Cendol Leman Dawi. Bagi aku service dia First Class. Respect dia ni . Cendol pun sedap. bak kata Kassim Baba.. " Tak kudukut laa "
semua dia bagi free. Kita bayar untuk sekali je. Full refill. siap bagi air barli free..serius..Free,
so, sapa sapa nak pergi , Lokasi dia selepas seremban menghala ke Tampin tu..tepi jalan..korang tak kan miss punya..
Best abang Leman.. :D pakar sejarah Negeri Sembilan dan Melaka...
Salute...
Tahun ni aku start dengan
1. Cameron Highland- kali ni aku pergi ke satu tempat yang pernah pergi masa honeymoon dulu..eh. tahun ni adalah tahun ke 13 aku kahwin.
2. Ipoh. bukan tak pernah pergi, tapi kali ni jalan jalan . Makan satay goreng di depan Billion Ipoh
3. Melaka. Day trip ..pergi pagi balik malam. Lepak kat Umbai. Geram pasal tak dapat makan banyak otak otak di Jeram Hari tu
4. Jeram .. kira trip jugak lah ni
5. Taiping.. latest. Best jugak taiping ni. On the way tu pergi lah cari Mee Udang Kuala Sepetang, ermm..no comment :D. Lepak di Seri Malaysia Taiping, dalam taman tasik tu..argh..sejuk..nyaman..berlatar belakang kan bukit Larut..pastu pergi ke zoo taiping pulak...ish ish ish ...
dan yang paling penting sekali ..Saufie dah berjalan . Umur dia 1 tahun sebulan. Dulu Sobrie 10 bulan dah jalan dan Sidqie 1 tahun 2 bulan..so ..dia ambik kat tengah la