Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 dan Awal Muharram 1430 H  

Posted by montel

Sudah lama benar , tidak ingat aku pernah berlaku awal muharam sama dengan tahun baru , atau aku memang tak perihatin.

Tahun 2008 di lalui dengan penuh cabaran. Cabaran itu lah yang memyebabkan aku sentiasa bergerak dan berfikir. Tidak pernah ku anggap aku selesa dengan keadaan aku sekarang. Keselesaan itu akan menyebabkan aku akan lupa dan malas.

Tahun 2009. Apa azam baru ? sudah kah tercapai apa yang di hajat pada tahun 2008?
Biar aku bercerita.

tahun 2008 di mulai dengan kelahiran anak ketiga ku, Ahmad Saufie pada 8 January . Hampir setahun sudah insan tersebut di dalam keluarga tu. Yang aku perhatikan, ianya menjadikan aku lebih sabar, kalau berbanding dahulu. Dalam tahun ini juga , aku sekeluarga dapat bercuti ke luar Semenanjung, yang menjadi idaman anak anak . Bukan senang untuk terjadi , tetapi dengan izin Allah, apa sahaja boleh berlaku.

Di pertengahan tahun 2008, aku menjadi terlalu sibuk dengan kerja . tetapi yang paling penting, Isteriku sentiasa berada di rumah dengan anak anak, maka berjayalah aku menumpukan segala usaha dan tenaga untuk kerja.

Tetapi , lautan mana tak bergelora, begitu juga dengan hidup ini. Pengakhiran tahun melihat berlaku konflik yang amat memeningkan kepala di dalam diri. Alhamdullilah, segala yang kusut telah terlerai dan lautan kembali tenang.

Untuk tahun 2009, aku masih memikirkan apa yang nak di lakukan, kerana segala azam aku telah tercapai di tahun 2008. maka aku akan meningkatkan usaha dan menambahkan target aku.

This entry was posted on Wednesday, December 31, 2008 at Wednesday, December 31, 2008 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment