Kejam kah kita sebagai manusia ??  

Posted by montel

aku ingat ingat lupa peristiwa di Highland Tower pada 1993. masa tu aku masih duduk di Menara Cenderawasih, AU3, Keramat.. tingkat 15 tuh :D .

peristiwa tanah runtuh di situlah yang rasanya telah membuka mata masyarakat malaysia untuk menilai kembali kediaman di pinggir bukit. aku naik ke bukit antara bangsa tak lama tu, saja nak tgk keindahan KL dari situ. Tulah last sekali jalan atas tu

tak ku sangka pembangunan makin pesat sekarang. melalui google earth dan google maps, aku dapat lihat pembangunan di situ yang semakin pesat.

Alfatihah dan Takziah kepada keluarga yang terlibat. Kehilangan keluarga di saat saat menyambut Aidil Adha ini amatlah menguji kesabaran kita sebagai manusia.

Seperti yang ku katakan kepada anak anak aku tadi , semasa menziarahi pusara ibu dan bapa ku serta kakak ku, kita datang ini bukan untuk memastikan doa kita sampai , kerana doa itu boleh di buat di mana mana saja, cumanya, kita datang ini untuk mengingati bahawa kematian itu amatlah dekat dengan kita, sudah pasti.

waktu sekarang ialah 3.22 am , 9th December 2008.

aku masih belum mengantuk... argh..

This entry was posted on Tuesday, December 09, 2008 at Tuesday, December 09, 2008 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment