lokasi gemenceh kalau ikut google maps, ialah di antara Tampin dan juga Gemas. Jarak dari Rawang ialah lebih kurang 220KM .
sampai kat Gemencheh dalam pukul 11 am.
Kitaorang check in kat Gemas Rest House. RM70 untuk bilik biasa. kalau VIP tu RM120, tapi memandangkan kitaorang nak daily-usage je, maka ambik yang biasa je :) jimat pakcik ooo... pakcik kayooo
Sobrie start interview pukul 2.00. Mak bapak di jemput ke Dewan besar untuk sessi taklimat program Ulul Albab.
program ni sebenarnya ialah macam mrsm biasa tetapi..jeng jeng jeng.. ada additional aliran iaitu Tahfiz Al Quran. Program ni perintis di MRSM Gemencheh tapi dah setahun lebih di MRSM Kota Putera, Besut.
Mission nya ialah untuk memastikan student mendapat kecemerlangan di dalam bidang akademik dan juga Hafal Alquran dalam masa 3 Tahun.
so, interviewnya meliputi,
1. Hafazan Al quran.
dalam masa 30 minit, dia akan kasi satu Mukasurat dalam Al Quran secara rawak dan dia suruh hafal. Satu muka surat lebih kurang 16 baris, dan markah di beri mengikut keupayaan pelajar untuk menghafal seberapa banyak ayat dalam masa yang di tetapkan.
2. Interview session
soalan yang di tanya ialah, sanggup ke student tu masuk programm ni ,nak tau kenapa ,
sebab program ni start at 5AM tiap pagi , sampai 11 pm.
http://www.mrsmkm.edu.my/gemencheh/ululalbab.htm
3. Aptitude Test.
ada 20 minit dan kena jawap 50 Soalan.
4. Jawi
kemahiran menulis jawi ke rumi vice versa.( yang ni takde di beritahu secara detail)
Sesi di jalan kan dalam masa 2 jam lebih kurang. Ada 6 sessi selama 3 hari.
yang datang adalah lebih kurang 1360 orang
yang nak di pilih ialah seramai 180 orang
yang di pecahkan sebanyak 90 lelaki dan 90 perempuan.
speechless.....
12 comments
Wei... bila ni? aku ada kat rumah mak aku yang about 2 km sebelum Rest House tu. Boleh datang umah aku je... membazir duit je gi sana.. Ye la kau kan "kaya". Aku quote kau ok. hehehehe... boley tengok baby aku. Rumah aku pun bukan ada sapa, aku anak beranak, mak and ayah aku, 2 of my brothers yang most of the time tak de rumah.
serious...about 2KM sebelum rest house dari arah gemecheh ke..
sampai bila tu ..
sobrie tu sekolah SKSK yek?
siang tadi ada nampak kat SMKA K Selangor...
Saya antar duit pada anak (ting.4)
Ha ah... aku dah balik la masa tu kot. Jalan dari Gemencheh la. Simpang kiri kat traffic light lepas Kompleks pejabat kerajaan gemas tu. Before railway crossing. Simpang tu tulis "Kampong Londah" "Pasir Besar". dari simpang tu pun about a km je ada kawasan perumahan. Our house sebelah kiri... Lagi dekat ke rumah aku than ke Rest House tu.
Panjang lebar explaination. Raya meh le singgah umah tu. Time tu je yang sure aku ada. Kalau tak de pun apa salahnya. Just beritahu aku and let my mom know.
-YY-
SAlam ziarah,
Amacam, anak demo dpt ke masuk MRSM Gemenceh? Anak ambo, alhamdulillah dapat masuk MRSM Kota Putra, drp 1200 yg di interview, cuma nak 180 org macam tu.
Mcm2 karenah anak. maklumlah baru beljar berpisah dgn mak bapak. Alhamdulillah masuk minggu ke-3 dah boleh adapt dgn kehidupan baru...nak tahu sesi temuduga dan tentang mrsm ulul-albab ni, jom jenguklah blog peribadi ambo di http://tokjogho.com
tak dapat. tak de rezeki . sekarang ni dia ada di SMKA Kuala Selangor.
yang penting ialah perjalanannya masih jauh..semoga tabah
saya nak gi ujian besok nih, tak de sesapa nak offer rumah tumbapangan?
ank sy int UA Gemencheh 14 Dis 2015...
jika persaingan tinggi ada possibility x diterima ke mrsm UA lain or MRSM lain?
terima kasih
Boleh buat rayuan kan? Anak saya pergi interview juga 16/12/15
Post a Comment
Lawati ....
Archives
-
▼
2009
(108)
-
▼
December
(10)
- ...Falling down is not a defeat...defeat is when y...
- Batu--Sweet Charity..Rimba Bara (2005)
- kod lagu Pembakar Perasaan - Search
- Cameron Highland...day trip ...
- Interview Program Ulul Albab di MRSM Gemencheh
- goat or sheep
- How to Detect Lies
- Selamat Menyambut Maal Hijrah
- copy assignment orang..masa present kantoi
- Taska Permata Hatiku
-
▼
December
(10)