aku macam dah immune je . asyik away from home .
badan dan mental kena strong. tapi tulah, bersyukur la sebab masih ada kerja dan dikurniakan tenaga untuk melakukan nya.
berita yang aku terima semalam ialah Anak jiran aku , darjah 3, kena strok, di sebabkan ada pendarahan dalam otak. tiba tiba sahaja dunia dia berubah.
aku melawat dia petang semalam . sedih aku. tapi bak kata orang , 
berat mata memandang , berat lagi bahu memikul 
sekarang ni doktor tengah tengok perkembangan budak tu. nama dia Alif. 
masa ni dia duduk di wad ICU. kalau ok, baru pindah ke wad biasa. Doktor tak  mahu
teruskan dengan pembedahan, sebab dia nak check betul betul kat mana lagi ada pendarahan tu. hayoo.. dengar pun ngeri.. di sebabakan pembuluh darah di antara otak dan tempurung kepala tu pecah, so, otak dia membengkak. sebab tu di biarkan dulu, biar darah tu nanti meresap ke dalam otak. tapi masih perlu di cari punca masalahnya.
Doa kan la Alif semoga selamat. Perjalanan hidupnya masih panjang..
						This entry was posted
						
						on Wednesday, August 05, 2009
						at Wednesday, August 05, 2009
						. You can follow any responses to this entry through the 
comments feed
.