Selamat Menyambut Ramadhan  

Posted by montel

Assalamualaikum
pembuka bicara

aku baru sahaja baik dari demam. aa.. kalau demam je orang cakap h1n1. terer giler manusia di malaysia jadi h1n1 scanner. live scanner. pakai telinga je dah boleh buat kesimpulan. kalau macam tu , senang lah kerajaan malaysia membuat pengesanan :D

ok..

abang aku kena kanser usus. so, dia dah buat pembedahan. sekarang , dah 8 kali kena kemo. dia pun dah tua, umur dia 58 tahun. Aku doakan agar dia sihat.

untuk Ramadhan kali ini, aku harap aku dapatkan berusaha untuk memperbaiki diri .

semoga tidak lagi di lalaikan dengan hal hal keduniaan sangat..

sebab... life is to short...

Selamat Ulangtahun ke 36 untuk aku..  

Posted by montel


Di mulakan dengan Bismillah ,
semalam aku dah celebrate Dinner di Big Plate, dan sebelum tu di TRAP , Sg Kelah.

so, Terima Kasih kepada kawan kawan yang SMS jam 00:01 tu , Bona, Syir, Amy yang SMS pukul 5.30 pagi, wife aku yang kejutkan aku pukul 4.00

Terima kasih sekali lagi..

hari ni aku cuti sebab aku nak relax, walaupun dah email laporan pada pukul 7.30 pagi ni .

Away lagi  

Posted by montel

Start Dari bulan Jun tadi memang banyak benda berlaku.

1. 3 June - Birthday Inah
2. 8 June - Birthday Sobrie
3. 21-28 June - Canberra Trip
4. 30 June - ulang tahun perkahwinan aku ke 13
5. 21-24 July - Jakarta
6. 24-26 July - Damai Laut ( Birthday Diqie)
7. 29 July- KL ( demo and meeting)
8. 1-2 Aug - Langkawi - Bukit Kayu Hitam
9. 5-8 Aug - Terengganu
10. 10 Aug Birthday aku :) aku ambik cuti hari ni .
11. 11 Aug - Nilai Spring

ni antara yang aku ingat.

berat mata memandang , berat lagi bahu memikul  

Posted by montel

aku macam dah immune je . asyik away from home .
badan dan mental kena strong. tapi tulah, bersyukur la sebab masih ada kerja dan dikurniakan tenaga untuk melakukan nya.

berita yang aku terima semalam ialah Anak jiran aku , darjah 3, kena strok, di sebabkan ada pendarahan dalam otak. tiba tiba sahaja dunia dia berubah.

aku melawat dia petang semalam . sedih aku. tapi bak kata orang ,
berat mata memandang , berat lagi bahu memikul

sekarang ni doktor tengah tengok perkembangan budak tu. nama dia Alif.
masa ni dia duduk di wad ICU. kalau ok, baru pindah ke wad biasa. Doktor tak mahu
teruskan dengan pembedahan, sebab dia nak check betul betul kat mana lagi ada pendarahan tu. hayoo.. dengar pun ngeri.. di sebabakan pembuluh darah di antara otak dan tempurung kepala tu pecah, so, otak dia membengkak. sebab tu di biarkan dulu, biar darah tu nanti meresap ke dalam otak. tapi masih perlu di cari punca masalahnya.

Doa kan la Alif semoga selamat. Perjalanan hidupnya masih panjang..

Motor ni... abah punya  

Posted by montel

ermm  

Posted by montel

Langkawi trip dan E-Aqiqah Saufie  

Posted by montel

Mak mertua aku tak pernah pergi langkawi. so, dia dah ada kat rumah aku on friday night tu. setelah selesai ganti bumper dan bonet keta waja, aku pun relax la, dah pukul 1 pagi masa tu. pastu, aku cakap dgn sobrie, tak yah pergi kelas tambahan tu. dia kata ok.

so , aku fikir punya fikir punya fikir punya fikir dan fikir, aku cakap, per langkawi.

so, esok pagi, keluar rumah pukul 9.30 , jam kat Ipoh dan PEnang, sampai kee Kuala Perlis pukul 5.00.

then ada la kutu mana ntah tanya aku semua, pastu offer hotel dan kereta. Aku ambik apartment Sri Lagenda , RM350 sehari dan kereta waja RM80. ticket ferry RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak kanak. Total RM80.

sampai sana, kat depan pintu ferry dah ada orang tunggu. then , sampai sana aku upgrade kereta ke Ceffiro Excimo. RM120. Bila lagi, sampai Apartment pukul 7.30. pukul 8.30 keluar cari makan. sebab apartment ni kat Kuah , so dekat je la, terus cari shell. pastu tgk kat sebelah shell tu ada kedai makan.

serious , the best ever, sedap giler . semua sedap. nanti aku sambung balik .

sekarang aku sambung balik .

pagi tu , kita orang check out awal, shopping lagi di Haji Ismail Group dan Idaman Suri

then terus pergi jeti, pulangkan kereta , ambik ferry pukul 12.30

sampai di Kuala Perlis , JAm 1.30 terus pergi ke Anjung Keli..

ni lah tempat makan tengahari yang korang kena pergi kalau ke Perlis..memang sedap sekali ..

then teruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam .
sampai lepas kastam tu, ambik sebelah kiri..
alahai shoping komplek rupanya

tak best..keluar tu ..kena bayar tolla pulak. pastu ada bazar kat sebelah kiri.

masuk
pastu peri isi minyak, RM109.. terus balik KL. sampai rumah pukul 9.45.

online,

terus buat e-aqiqah. aku dah lama nak buat untuk Saufie. kali ni ada dapat duit training ni, terus bayar :D . rezeki dia la ..

kereta aku ..transform..belasah je  

Posted by montel






malam tadi, aku pasang semua bonet dan bumper yang dibeli melalui mudah.my, RM 350.
kalau beli baru , mahal ..dekat 7 ratus benda tu,

ni dah siap cat dan custom.

plat nombor pun takde lagi