Assalamualaikum..
pentingnya umur 40 tahun ni kepada umat Manusia ialah bilamana Allah berfirman dalam surah Al-Ahqaf ayat 15 yang menjurus sepenuhnya agar manusia yang mencapai umur 40 tahun berdoa seperti di bawah..
“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)
hakikatnya apabila seseorang telah mencecah usia ini, mereka telah berjaya mencapai sekurang kurangnya apa yang mereka hajati di dunia, seperti berkeluarga, bekerjaya, harta , rumah, kereta dan keperluan kewangan yang agak stabil. ada yang lebih bernasib baik, mereka berada di puncak karier dan kemewahan dunia.
persoalannya.. apakah hala tuju mereka selepas ini? mencari belakan akhirat di dunia atau meneruskan matlamat dunia yang masih belum di kecapi?
Syukur kepada Allah , aku masih dapat menghirup udara segar dan nyawa yang di kurniakan ini . InShaAllah.. aku akan berusaha untuk mencapai azam aku tahun ini .
Azam 2013
1. Menamatkan pengajian di UTEM dengan masa yang lebih cepat
2. Mengekalkan solat berjemaah untuk setiap waktu
3. Khatam Al quran
InsyaAllah... kena mintak dengan Allah. jangan berhenti berharap
This entry was posted
on Tuesday, January 01, 2013
at Tuesday, January 01, 2013
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.