Ahmad Saufie masuk hospital  

Posted by montel




memang tak di sangka. biar aku lakar kan benda ni supaya menjadi sejarah dalam hidup. kenapa?? kejadian yang sama pernah di alami oleh sobrie masa dia berumur 1 tahun , iaitu pada tahun 1998. dah 12 tahun benda ni berlaku.

dan ianya berulang sekali lagi ..malam tadi.

Saufie demam. so inah bawak pergi Pusat Rawatan Mutiara Bukit Rahman Putra. so janji jumpa aku kat Satay Sri Subang dalam pukul 8.30.

masa tu saufie dah panas betul. Aku peluk dia sepanjang makan tu. then diaroang balik dulu sebab aku kena tunggu Sidqie kelas tambahan habis pukul 10.

Inah call cakap jalan banjir, cuma 4wd , kereta yang tinggi dan lori je yang boleh lalu. masa tu dalam pukul 9 malam. aku kata ok la kot, nanti pukul 10 lebih mungkin dah surut. then diqie keluar dalam pukul 10.10. teruskan perjalanan. sampai kundang, air makin naik.

aku pusing dan guna alternative road dan sampai rumah pukul 11.00 malam.

minum nescafe o ais yang aku dah suruh inah buat tadi.

tetiba dalam 11.30 inah dah menjerit kat atas.

dia bawak turun saufie.

mata saufie dah naik ke atas, muka dah biru, tangan dah menggenggam ..sudah..
keras dah budak ni ..sama macam sobrie dulu

dia langsung tak respon kepada apa aapa

aku dah menjerit. inah pun sama . panggil zura dan saipul.
sampai kat depan diaroang datang. aku terus cakap kunci lancer dan bawak inah dan saufie. diqie pun sekali.

rumah di tinggalkan camtu je . zura yang tolong tutup.

masa tu hujan renyai. Hospital paling dekat ialah sg buloh. aku call hr. Sajidah cakap pergi je mana mana yang terdekat.

aku panik . saufie masih tak respon.

sempat jugak la baca ayat kursi dalam tu. tetiba je, saufie macam tersedak dan dia respon. alhamdullilah.....tapi badan dia lembik.

aku terus ke sg buluh. sampai hospital ,unit emergency. dia masukkan anak aku ke unit separa kritikal.

seriously, Hospital sg buloh ni in one of the best kat malaysia. better than swasta.
service diaroang mantap. computerize all the way.

aku ucapkan tahniah untuk semua kakitangan yang bertugas dari Unit Kecemasan hingga Doktor dan semua nurse yang terlibat dari pukul 12.30 malam ,30 March 2010 hingga 12.30 tgh di Wad 8C unit kanak kanak tu.

------
sambungan
Doktor kata next time kalau kena baringkan baby mengiring dengan kepala sama level dengan badan supaya darah boleh naik ke kepala.

2. Jangan cuba menampar, mengoncang atau mengurut badannya

3. Jangan sesekali masukkan sebarang benda ke dalam mulutnya

4. Sawan ni maximum 10 minit. Anything more than that is serious.

5. Catatkan masa kejadian

6. Dan yg paling penting ialah bertenang. Ye la tu. Anak dah biru biru nak bertenang camner :)

So itulah kawan kawan

This entry was posted on Tuesday, March 30, 2010 at Tuesday, March 30, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 comments

Suspen & tragis betul ya. Badan panas sgt tu.. Moga Saufi cepat sembuh. Nak kena ingat tips menangani sawan ni.. Tapi kadang kalau dah panik, apa pun x ingat..

March 31, 2010 at 12:44 PM

ya betul.. aku ni biasalah..mana tak panik..biru dah budak tu ..

March 31, 2010 at 2:33 PM

semoga tak berulang lgk.. dan semoga saufi cepat2 sembuh..

March 31, 2010 at 2:42 PM

alhamdulillah sume ok kan zid..

April 1, 2010 at 1:01 PM

Post a Comment