Azam 2010
Tahun ni di mulakan dengan
1. Sobrie akan masuk ke sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
2. Saufie Demam
3. Taska Permata Hatiku menerima pelanggan pertamanya ( 4 orang)
4. Kereta merahku kena calar oleh entah siapa.
Azam tahun ni
1. Nak buat Master. Aku akan mula dalam Q3 .
2. Nak tambahkan pelaburan dalam bidang pertanian iaitu mengusahakan sawah padi. ye ..aku sekarang sedang memikirkan benda ni . Pendapatan amat menggalakkan , cumanya modalnya agak besar.
3. Nak memantapkan perniagaan Taska Permata Hati ku. Yang ni aku akan bagi sokongan moral je.
4. Nak cari duit lebih dengan cara mengajar. So, aku akan tingkatkan usaha dalam bidang ni ..
5. Concentrate pada Sidqie punya UPSR. Kita akan come out dengan formula mengajar supaya dia boleh dapat result yang bagus.
So, KPI aku this year dah aku set. Tengok lah hasilnya hujung tahun ni .