Kenderaan di dalam hidup – update  

Posted by montel

1. Kereta kayuh.. Kereta ini di perbuat dari plastik. Ala yang boleh masuk kaki dan kayuh kayuh tu..
2. BMX- darjah 6… masa ni abang aku belikan basikal ni untuk anak dia, tapi mak cakap bagi kat aku. SO kat kampung tu aku sorang je ada BMX dengan rim 6 batang.. pergh cantik giler.. masa tu aku kenal allen key..
3. Suzuki 80 lampu bulat — masa darjah enam.. dapat motor ni dari abang. belasah..

4. Honda 70 lampu bulat… motor pertama milik aku. Di belikan oleh abang ipar…masa tu final year.. belasah je .. janji motor

5. Yamaha TZM 150… wxx 4375 .. motor pertama yang aku mula mula miliki. Beli sehari terus accident.. hancur hati aku dan perasaan ..
pastu Gunakan setahun masa bertunang. nak kahwin jual… buat belanja kahwin…

6. Yamaha ss110- pinjam dari kakak aku lepas kawin, setahun..

7. Perodua Kancil 660 Gx – 5 Speed – first car yang aku beli .. Mak aku dapat naik. cukuplah. 4 tahun guna keta ni

8. Wira 1.5 Gl 1994 — aku tukar dengan kawan. Anak saudara aku pinjam.. accident..pastu tukar ballik dengan dia.. 3 bulan je.

9. wira 1.6 1994 – abang ipar aku guna nama aku beli keta ni. masalah besar ( Dah settled)

10. wira 1.5 gl 1995 — dah 4 tahun pakai keta ni.. the best car ever.. tapi banyak maintenance problem

11. Waja 1.6 A — need no introduction… new car… same problem ..

12.. Jaguh 175 — setelah 9 tahun tak naik motor.. aku start balik..nampak nya lagi seronok… ..next aim is vulcan 500 or 800…

13. Shadow VLX 600 cc.. 2005 – 2 bulan

14. Yamaha ss110 – 2005 – belikan pak mentua

15. zzr250 …the best setakat ni . 6 bulan pakai

16. Kawasaki Vulcan 800 Custom- Beli 15.5K , Jual 13K. Jatuh 2 Kali. Orang pinjam sekali..Jatuh.. terus dia ambik . Pakai 4 Bulan

17. Perdana v6 2001. Beli 46K , Jual 43K . pakai 2 Tahun bih kurang

18. Toyota DX 1.3 . Drift car. Beli 3.3K.. belanja..malas nak citer..

19. Nazaria GS NGV. beli 2007.. ada lagi :D

20. Lancer GT facelift 2009. ( waja telah di korbankan untuk kereta ni)

This entry was posted on Thursday, November 05, 2009 at Thursday, November 05, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Memang wajar waja Di korbankan sempena raya qurban ni.
Excellent choice !

November 6, 2009 at 12:09 AM

Post a Comment