Demi Cinta Setia- Junction  

Posted by montel

Layan lagu ni dengan piano baru ngam .. kalau keyboard gunakan rock piano

F C Dm Bb - Dm Bb C

F          C           F                          Dm                Gm            C
Demi cinta, ku akan setia padamu,Ingin bersama kemana saja
F            C          F                   Dm       Gm           C                F
tapi sayang kau pergi tanpa rela ku sedang cintaku masih membara
F          C           F                          Dm                Gm            C
telah aku membalut luka hatiku tapi lukaku masih berdarah
F            C          F                   Dm       Gm           C                F
puas aku cuba 'tuk melupakanmu tapi ternyata ku tidak berdaya

Chorus

Gm              C         F                Gm          C                F
biar ku tanggung segala derita demi cinta aku yang setia
 E      A        Dm                   C      Bb        F           Bb                     F
siang malam ku merindu rindu kepada mu kenangan pun menjelma
F          C           F                          Dm                Gm            C
dalam hati kumenahan kedukaan bibir tersenyum hati menangis
F                        C                     F             Dm       Gm           C                F
oh kekasih mungkin engkau sedang bahagia setelah cintaku engkau menghancurkan

masa goreng...
Dm Bb x 4
 F C Dm Bb F C F

saat terakhir kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W. versi Arab  

Posted by montel



Hayati...

saat saat kewafatan Rasullulah SAW.  

Posted by montel



Bismillahirrahmanirrahim.
Allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi rahmatillah.
Allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi fadhlillah
Allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi kholqillah.
Allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi maa fi ilmillah.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi karomillah.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi hurufi kalamillah.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi kalimatillah.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi qothril amthor.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi waroqil asy,jar.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi romlil qifar.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi hububi wa tsimar.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi maa adhlama alaihil lail w asyroq alaihin nahar.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi man shola alaih
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi man lam yusholli alaih.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi anfasil kholq.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi nujumis samaawat.
allahuma sholi ala sayyidina Muhammad wa alaa alii sayyidina Muhammad bi ‘adaadi kulli saiy,in fid duny wal akhirah.
sholawatullahi wa malaikatihi wa anbiyaihi wa rusulhi wa jami’i kholqihi ala sayyisil mursalim wa imamil muttaqin wa qoidil ghuril muhajjalin wa syafi’il mudznibiin sayyiidina Muhammadin wa alaa alihi wa shaabihi wa azwajihi wa dzurriyatihi wa ahli baitihi wal a,immatil maadhiyyin wa masyaikhil mutaqoddimin wa shuhada’i was sholihin wa ahli thoatika ajmain min ahli samaawati wal ardhiyn bi rohmatika ya arhamarrohimin wa yaa akromal akromin walhamdulillahi robbil alamain wa sholla ALLAHu ala sayyidina Muhamadin wa alaa alahih wa shohbihi wa sallam..

“Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah rahmatnya Allah.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah keutamaan dari Allah.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah ciptaan Allah.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah apa-apa yang ada dalam pengetahuan Allah.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah kemuliaan dari Allah.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah huruf Kalamullah (Kitab-Kitab Allah).
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah kalimat Allah.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak tetesan air hujan.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah daun-daun pepohonan.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah butir pasir di gurun.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah biji-bijian dan buah-buahan.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah yang dinaungi kegelapan malam dan diterangi oleh benderang siang.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah orang yang telah bershalawat kepadanya.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah orang yang belum bershalawat kepadanya.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah napas-napas makhluk ciptaan.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah apa yang ada di seluruh langit.
Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah tiap-tiap sesuatu yang ada di dalam dunia dan akhirat.
Dan segenap shalawat dari Allah beserta para malaikat-Nya, dan para Nabi-Nya, dan para Rasul-Nya, dan seluruh ciptaan-Nya, semoga tercurah atas junjungan para Rasul, pemimpin orang-orang yang bertaqwa, pemuka para ahli surga, pemberi syafa’at orang-orang yang berdosa, Nabi Muhammad dan juga atas keluarganya, para sahabatnya, istri-istrinya, keturunannya, ahli baitnya, para pemimpin yang telah lampau, para guru yang terdahulu, para syuhada dan orang-orang soleh, dan yang senantiasa taat kepada Allah seluruhnya, dari penghuni bumi dan langit, dengan rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang, dan Engkau Yang Maha Mulia dari semua yang mulia, segala pujian bagi Allah Tuhan alam semesta. Dan shalawat serta salam atas Nabi Muhammad beserta keluarga dan sahabatnya.”

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)  

Posted by montel

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

SubhanAllah... Kuasa Allah.... Hijrah Seorang Muslim  

Posted by montel

Iktibar dari Tanah Suci  

Posted by montel

Assalamualaikum

Kuasa Allah hanya akan dapat di nikmati kalau difikirkan dengan mendalam. Hakikat sebenar sesuatu perkara itu sebenarnya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Di takdirkan Allah, setelah aku balik ke Malaysia ini, dapat menziarah 5 sahabat yang baru balik dari mengerjakan umrah, dan juga dapat menziarah kembali kawan kawan yang di kenali semasa di sana.

Sebenarnya, banyak kisah kisah pengalaman masing masing yang dikongsikan bersama sama yang hanya diceritakan semasa di Malaysia. Di Tanah Harram, segalanya di simpan didalam hati sahaja. kenapa? segalanya CASH.. TUNAI... aku akan kongsi kan pengalaman pengalaman ini buat panduan dan renungan semua .

Wallahualam

1. Pengalaman sendiri tentang keceluparan niat. bukan di nyatakan, hanya berkata di dalam hati " Aku ni masuk ikut pintu mana ni , hilang nanti kasut ni "... ya betul..memang hilang... ntah kat mana.

2. "Seronok pi umrah ni". hasilnya, selepas tu , kaki pecah pecah dan berdarah . dapat buat 2 kali umrah sahaja.

3. Teringat kat isteri, sedih. Tetiba je kat depan, kiri dan kanan, penuh perempuan pakai purdah hitam solat. penuh. terus solat taubah . kemudian mereka pun beredar. pelik?? tapi benar

4. Teringat anak anak. Tetiba je dengar suara budak menangis, kat situ jugak ada budak main main....

5. Kawan tu teringat kat bapak dia. Tak lama tu, ada sorang pak arab datang dekat dia, minta di urut. sambil urut, kawan tu teringat masa dia urut bapak dia. Arwah bapak dia..

6. Semasa tawaf, tetiba ada lalat kat tangan, terus berdoa dengan Allah, minta di permudahkan... Lalat pun hilang

7. Semasa solat subuh, masa tu kaki dah sakit sangat, berdoa dengan Allah , "minta di permudahkan". tak lama tu, ada sorang tu bawak satu kerusi roda, dalam tu ada 2 orang anak kecik dia. LEpas solat sunat tu dia pergi sambil tinggal kan kerusi roda tu sebelah aku. jadi , semasa solat subuh tu , takde sapa la lalu depan aku..so aku dapat kelapangan dam juga kemudahan. then aku gunakan kerusi roda tu untuk berdiri. LEpas tu, ada orang ambik kerusi tu... subhanAllah...

nanti sambung lagi.. nak hantar anak sekolah...

Perjalanan Umrah 2012- Keyakinan kepada Allah..berapa peratus ???  

Posted by montel



Assalamualaikum

selama ni kita kata kita yakin kepada Allah... benar kah?

Yakin kah?

kalau yakin...
kita tak mengeluh..
kita tak mengalah..
kita tak salah kan takdir...
kita akan sentiasa besyukur...




Sentiasa memohon kepada Allah.. tiada yang berkuasa selainNya...