Iktibar dari Tanah Suci  

Posted by montel

Assalamualaikum

Kuasa Allah hanya akan dapat di nikmati kalau difikirkan dengan mendalam. Hakikat sebenar sesuatu perkara itu sebenarnya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Di takdirkan Allah, setelah aku balik ke Malaysia ini, dapat menziarah 5 sahabat yang baru balik dari mengerjakan umrah, dan juga dapat menziarah kembali kawan kawan yang di kenali semasa di sana.

Sebenarnya, banyak kisah kisah pengalaman masing masing yang dikongsikan bersama sama yang hanya diceritakan semasa di Malaysia. Di Tanah Harram, segalanya di simpan didalam hati sahaja. kenapa? segalanya CASH.. TUNAI... aku akan kongsi kan pengalaman pengalaman ini buat panduan dan renungan semua .

Wallahualam

1. Pengalaman sendiri tentang keceluparan niat. bukan di nyatakan, hanya berkata di dalam hati " Aku ni masuk ikut pintu mana ni , hilang nanti kasut ni "... ya betul..memang hilang... ntah kat mana.

2. "Seronok pi umrah ni". hasilnya, selepas tu , kaki pecah pecah dan berdarah . dapat buat 2 kali umrah sahaja.

3. Teringat kat isteri, sedih. Tetiba je kat depan, kiri dan kanan, penuh perempuan pakai purdah hitam solat. penuh. terus solat taubah . kemudian mereka pun beredar. pelik?? tapi benar

4. Teringat anak anak. Tetiba je dengar suara budak menangis, kat situ jugak ada budak main main....

5. Kawan tu teringat kat bapak dia. Tak lama tu, ada sorang pak arab datang dekat dia, minta di urut. sambil urut, kawan tu teringat masa dia urut bapak dia. Arwah bapak dia..

6. Semasa tawaf, tetiba ada lalat kat tangan, terus berdoa dengan Allah, minta di permudahkan... Lalat pun hilang

7. Semasa solat subuh, masa tu kaki dah sakit sangat, berdoa dengan Allah , "minta di permudahkan". tak lama tu, ada sorang tu bawak satu kerusi roda, dalam tu ada 2 orang anak kecik dia. LEpas solat sunat tu dia pergi sambil tinggal kan kerusi roda tu sebelah aku. jadi , semasa solat subuh tu , takde sapa la lalu depan aku..so aku dapat kelapangan dam juga kemudahan. then aku gunakan kerusi roda tu untuk berdiri. LEpas tu, ada orang ambik kerusi tu... subhanAllah...

nanti sambung lagi.. nak hantar anak sekolah...

This entry was posted on Monday, April 16, 2012 at Monday, April 16, 2012 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment