Aku terpaksa jugak paste kat sini. Senang buat rujukan ..
dah jadi kemestian sehari kurang kurang sekali akan di paste ke Facebook....dan kalau di paste...memang akan menjadi jadi...
ini mesti kaki tengok dvd ni ....
hok ni , ambo nak oyak so bendo ni .
sapo-sapo ada kencing manis , darah tinggi , gaut , lemah jantung .
dok blake sikit , blake sikit .
kalo aso nak kelik , kelik , kelik
mak oooooooooooiiiiiiiiiii....panjangnye kopeeeeeeeeeek
Itulah pentingnya English Education.!
Cer citer ...cer citer
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan
dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa
sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah
balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut
penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil
sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang
telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong
di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama
ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas
mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke
dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang
tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata
pelajarnya menjawab "Ya.."
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan secawan
kopi dari bawah mejanya dan menuangkan ke dalam balang yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi
mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa
dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.
"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak
ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap
balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-
anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda
kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda
ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-
perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir
pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak
akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga
seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk
perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara
yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk
perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira
untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa
pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada
masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana
penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan
kopi bersama rakan-rakan..."
Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh
dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak
mencukupi, ingatlah kisah ini....