BERITA DARI MESIR  

Posted by montel

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/


sama samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka. Semoga semua warga Malaysia selamat sampai ke tanah air..

untuk warga Mesir...tak leh nak kata apa..it is your choice..

softball  

Posted by montel

percaya atau tidak..aku salah seorang pemain softball yang pernah mewakili sekolah dan daerah ..kenapa dapat wakil daerah? pasal sekolah aku sorang je ada team softball kat daerah tu...so wakil tunggal

bayangkan budak kampung main softball.

aku punya position First base.

pelik tul....  

Posted by montel

aku yang duduk jauh ni boleh datang awal ...

mana lah korang punya kesedaran minda?

dah terlalu selesa ke?

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang  

Posted by montel

posting ni di jumpai dalam email. tak tau sapa yang tulis. tapi agak menarik untuk di kongsi

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang
DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.


Adakah anda semua perasan bukan semua benda didalam dunia nie boleh dibeli atau dimiliki dengan wang.So,disini saya senaraikan beberapa benda yang kita tak akan dan tak boleh beli dengan wang kita,diantaranya ialah:

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Alert. Maybank Phising  

Posted by montel

kali ni datang dari Indonesia. pelik jugak. agaknya lepas dapat gaji. harap ramai tak tertipu

ni link nya

http://provisieducation.com/images/maintenance/Service.html

hints:

1. jangan klik apa apa dari email. takde pasal bank nak buat camtu.
2. Password adalah benda yang paling penting..agaknya tu je la ciri ciri keselamatan yang ada untuk kebanyakan sistem online.lagi lagi yang free tu. patut patutlah. jaga dgn berhati hati.
3. cuba ganti password setiap sebulan. bayangkan orang dapat masuk email anda..ngeri kan ..

selamat melayari internet..dengan lebih berhati hati

Nak buat master ke tidak?  

Posted by montel

soalan ini memang tiap hari aku tanya dalam diri. Yang pentingnya ialah usaha dan semangat. kalau kita ada semangat, tak kisah apa pun , kita akan lakukannya.

entri kali ini agak emosional. Aku ni jenis merancang. Walaupun nampak macam main hentam je, sebenarnya aku ada perancangan yang rapi dalam menentukan hala tuju hidup aku. Dalam kewangan pulak, aku memang menyimpan segala perbelanjaan. dari tahun 2000. aku ada rekod. pelik kan ...tapi itu lah aku

Kembali ke pangkuan  

Posted by montel

Assalamualaikum

Ini kali pertama posting untuk 2011. Blogging ni memerlukan tanggungjawap. Bukan macam tanam serai, Prinsip 3T. Tanam. Tinggal. Tuai.

Tahun ni di mulakan dengan menjejakkan diri dengan aktiviti pertanian. Tanah yang lapang di sebelah rumah telah mula di terangkan dengan menggunakan cangkul , tajak , parang dan pencebak.

ye. aku sekarang banyak menghabiskan masa untuk pertaniannya. Hasil yang paling nyata ialah aku dapat mengeluarkan peluh dan tenaga. Selama ni badan aku manja sangat . Aku mulakan dengan menanam tebu di tepi bibir dan juga serai . ni kira tahap awal di mana tanaman tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti tanaman kontan lain .