Alfatihah..Cik Rosnah.-kembali ke Rahmahtullah..  

Posted by montel

http://papamontel.blogspot.com/2009/09/cik-rosnah-abdul-malek-di-hospital.html

akhirnya ..di sini tamatnya perjalanan hidupmu sahabat..
pergi mu tak kembali
semoga roh Cik Rosnah Abdul Malek di cucuri rahmat Ilahi..

segala kenangan masih segar dalam ingatan..

Al Fatihah

MAAFKAN CIKGU  

Posted by montel

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang
saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa
tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya
mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat
ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya
tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya
tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya
saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2
kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran,
dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau
masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun
ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah
mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah
kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya
sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya
dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan
gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati
menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai
di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang
terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia
sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang.

?Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu
dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi??
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

?Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu
saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.? Jawabnya
?Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul
kamu??

? Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan
kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.?

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
?Maafkan cikgu, ??.?
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya
setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru,
sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

Buang ibu di Aidilfitri  

Posted by montel

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Mutakhir/20090916090317/Article

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.



Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

CIk Rosnah Abdul Malek di Hospital Serdang  

Posted by montel

Aku baru dengar berita ni . Cik Ros, ( Kalambicara.blogspot.com) telah di masukkan ke Hospital Serdang setelah collapes.

Sama sama lah kita mendoakan kesihatan beliau .

Aku tak sanggup nak meneruskan tulisan hari ni.

fesyen Raya terkini...  

Posted by montel

Ramadhan tahun ini  

Posted by montel

apa yang berbeza tahun kali ni ialah :-

1. Sobrie UPSR
2. Balik kampung tiap minggu
3. Buka puasa semua di rumah , tak de makan luar
4. Kurang ke pasar ramadhan , ( inah tak pernah pergi pun )
5. Cuti lama ( cat kereta dan Sobrie UPSR)

tahun ni memang agak berbeza,sebabnya Inah dah duduk rumah, so aku memang rasa tenang. Baju raya dah beli, ntah berapa pasang, Lost count.

kereta pun dah cat balik, yelah, dah macam kereta apa ntah, kemek sana, calar sini, tingkap pun tak leh turun, Waja, masalah tingkap , dari mula beli , sampai la sekarang, tak settle settle lagi .

cumanya , yang nyata , Sobrie akan ambik SRA pulak minggu ni. 4 hari straight. Lepas tu raya sakan la dia.

090909  

Posted by montel

aku nak tengok server time ni .
ntah bila dapat lagi date macam ni

Semoga Ahmad Sobrie berjaya di Dalam UPSR  

Posted by montel

Esok , tarikh 8-10 September, pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksan UPSR. ( Ujian Penilaian Sekolah Rendah)

Anak sulung aku, Ahmad Sobrie adalah salah seorang calon nya .

Aku doakan agar dia beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

begitu juga kepada semua pelajar.

tenangkan diri anda..

InsyaAllah , kejayaan akan datang

Berita Kemalangan di Ramadhan  

Posted by montel

Aku menerima satu sms dari kawan aku, menyatakan suami kawan lama aku kemalangan. Diaorang ni geng superbike, tapi masa hari kejadian, dia naik motor cub. balik dari tempat kerja dan melanggar lori yang sedang berhenti.

keadaan nya parah. Hatinya Pecah .

Semoga Nur Haslina atau pun Lebo bersabar.

Dugaan dalam hidup memang berlaku. Sesungguhnya Allah bersama sama orang yang Sabar.

kenapa aku cakap camtu ? Sebab aku pun telah di duga dengan Dugaan yang amat perit.
bagi aku, Allah tak kan menguji hambaNya di luar kemampuan Nya.

Semoga Suami kawan aku tu sihat.

Amin

NegaraKu  

Posted by montel



Seven tips to get on the good side of your system administrator  

Posted by montel

hehehe.. aku dah lama jadi system administrator ni.. betul seperti article bawah ni .
di ambil di
http://www.geeksaresexy.net/2007/06/18/seven-tips-to-get-on-the-good-side-of-your-system-administrator/

I’m not sure if it’s just me, but I find it incredibly annoying when non-tech people assume that system administrators are walking computer encyclopedias. With this in mind, here are a few pieces of advice that will get you a few extra brownie points from your favorite system administrator:

1- Asking questions about how to fix your home system is fine, as long as you are being reasonable about it. We don’t like spending half our lunchtime answering your personal computer questions. We’re human beings too, you know! We need to take a break sometimes. If you need your home computer fixed, just hire us to do the job. Just because we’re work colleagues doesn’t mean that you can make us your tech slaves.

2- Ask our permission before you start telling all your friends that we can fix computers. Just because we helped you doesn’t mean we want to help everyone.

3- Please stop assuming that since we work with computers, we automatically know how fix and operate all electronic devices operating on the earth’s surface. Why would I know how to program your coffee machine or home DVD recorder?

4- We like chatting about stuff besides computers. Star Wars, Star Trek and Dungeons & Dragons are fine conversation starters, too! Seriously, geeks like to chat almost about anything. Try it sometime, and you’ll see that we’re a fun bunch.

5- Stop thinking that all we do is surf the Internet all day. Yes, we do spend a fair amount of time online, but it is for good reasons. And even if we’re not always extremely busy during the day, we often have to work late at night and into the weekends. I’ve often worked past midnight, and yes, I had to come in to the office the following day. You didn’t know that right? Why do you think that the IT enrollment rate in schools has dropped approximately 50% in the past 5 years?

6- If you are getting an error message, don’t forget to write it down before calling us. We don’t know what “I’m getting an error” means unless you tell us exactly what it says!

7- When we fix something for you, don’t forget to thank us. Even though we’re being paid to do it, we like hearing that we’re doing a good job, just like everyone else does.

By following those seven simple steps, you’ll be on the road to having a better relationship with your system administrator. If any of you would like to add additional points to this list, feel free to do so by leaving a comment at the bottom of this post.