Layan nature di Ulu Yam  

Posted by montel

cuaca memang panas. Setelah makan di pagi di Rawang, aku terus pergi ke Ulu Yam .
Tempat lepak biasa tu, yang stesyen no 2.

sekarang ni dah ada blocking , nasib baik parking masih open.
so , kita ambik yang tak kena bayar..:D

pasang khemah.. mandi...sejuk giler

balik rumah.. mata yang sakit dah jadi bertambah sakit..

jumpa doktor malam tadi ..dapat mc dua hari..

sabtu 18 haribulan..wet world shah alam  

Posted by montel

minggu lepas.. ingat nak balik kampung..
pastu tak jadi.. budak budak ajak mandi..
lagi pun saufie dah besar ni

so , pagi tu berangkat la ke wet world shah alam. sampai sana dalam pukul 11. tak ramai lagi orang. Sobrie mula mula tu , kita beli ticket untuk budak budak, rupanya
ticketing system dia dah lain, lepas 132cm kena charge RM10. dah besar rupanya anak aku :D

mandi..saufie seronok sangat..bapak dia pun sama je ..

kitaorang balik dalam pukul 1 .
hujan..

sun burn teruk

terkejut aku..saufie pandai bukak pagar sendiri  

Posted by montel

hari ni aku terkejut lagi. balik breakfast dengan inah dan saufie, aku masuk rumah terus. tinggalakan saufie kat sebab afiq dan arif anak jiran tu ada sama kat sebelah rumah. yang pisahkan kami ialah pagar. so aku bukak lah notebook ni, biasalah, kerja..pastu Inah tanya, abang lock tak pagar? aku cakap , ala lock camtu je la..tak lah pakai lock pakai mangga, pastu inah cakap, nanti saufie boleh bukak tu..
aku cakap..tak kan lah..

pastu inah keluar... betul saufie dah ada kat rumah jiran..dia bukak pagar tu..
aiyo...dah pandai bukak selak pagar tu..bahaya

pasni aku akan lock guna mangga..

Saufie dah pandai merajuk  

Posted by montel

saufie dah pandai merajuk . hari tu kitaorang berenti di tepi kedai basikal. inah bawak masuk ke kedai tu..dia suka..pastu ..kita keluar je..dia dah tarik muka...

tunjuk tunjuk basikal tu...

pastu hentak hentak kaki... aiyoo...semua anak aku ada perangai yang sama

gambar di genting..  

Posted by montel











baru nak upload..

Awas Perangkap Kad Kredit  

Posted by montel

DI ambil di
http://ezadahmad.blogspot.com/2009/04/awas-perangkap-kad-kredit.html

--------------------

Bismillah...

Sumber dari Berita Harian. Berhati-hati ketika menggunakan kad kredit anda.

HUTANG kad kredit mungkin kelihatan seperti isu yang agak kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih besar, jika penggunaannya tidak diuruskan secara cekap dan berhemat.

Ini berlaku terutama apabila pengguna hanya membayar bayaran minimum bulanan dan berbelanja sehingga ke tahap maksimum kredit mereka.

Masalah bertambah buruk jika pengguna yang sudah berbelanja sehingga ke tahap maksimum, menggunakan pula kad kredit yang ditawarkan oleh bank lain.


Ini adalah pendekatan salah yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad kredit sehingga menyebabkan mereka terjebak ke kancah hutang dan akhirnya diisytiharkan muflis.

Pengurusan kewangan sebegini juga telah memudaratkan banyak keluarga. Justeru, jika anda didatangi pegawai pemasaran yang menawarkan kad kredit terutama bagi pengguna yang pertama kali memohon, anda perlu memahami fakta dan prinsip penggunaan ‘wang plastik’ ini.

Pertama, anda perlu benar-benar memahami bagaimana kad kredit itu berfungsi. Sebagai pemegang kad kredit anda akan diberikan talian kredit dengan had maksimum yang boleh dicaj kepada kad.

Setiap kali kad itu dicaj menerusi sebarang perbelanjaan atau transaksi, kredit kita berkurangan.

Penyata bulanan yang diterima memberikan kita pilihan, sama ada untuk membayar baki sepenuhnya, atau hanya membayar bayaran minimum bulanan (sesuatu yang sangat tidak digalakkan).

Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksimum dikembalikan.

Bagaimanapun, apa yang kerap terjadi, pemegang kad kredit hanya membayar jumlah faedah dan bayaran minimum ke atas baki pokok yang terhutang, dan tidak akan membayar balik baki sepenuhnya yang menyebabkan mereka terjerat dengan hutang.

Bagaimana seseorang itu boleh terperangkap? Bagi golongan muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga.

Di pusat pengajian tinggi, sebahagian besar daripada mereka diberikan kad kredit sendiri oleh ibu bapa sebagai pemegang kad tambahan.

Mungkin pelajar berkenaan yakin bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama lagi iaitu selepas tamat pengajian dan mampu membayar hutang itu dalam jangka masa yang singkat.

Malangnya, ramai graduan yang terpaksa berdepan realiti bahawa masa depan mereka jauh berbeza daripada apa yang dijangkakan iaitu hutang terus meninggi tetapi tidak dapat ditandingi kenaikan dalam pendapatan.

Selain itu, bukan orang muda saja yang mendapati diri mereka terperangkap dalam situasi begini.

Malah, orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini apabila membeli barangan baru yang diiklankan menggunakan kad kredit.

Dalam situasi lain pula, mereka yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad apabila menggunakan kad kredit sebagai kemudahan untuk menyara keperluan seharian.

Namun, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksimum dan sekali gus pembayaran balik menjadi satu bebanan yang besar.

Jika anda tidak mahu terjerumus dengan kancah hutang kad kredit ini, langkah pertama adalah menganalisis pendapatan dan perbelanjaan bulanan.

Jumlah perbelanjaan anda dan tolakkan daripada pendapatan. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan setiap bulan.

Langkah kedua pula hentikan menjalankan transaksi menggunakan kad kredit. Bekukan penggunaan kad kredit anda dan bayarlah barang yang perlu dibeli secara tunai.

Kemudian senaraikan hutang kad kredit yang masih ada dengan mengenal pasti kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi.

Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki daripada kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah.

Seterusnya, susunkan kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal itu.

Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun itu dan musnahkan kad itu.

Kemudian ubahkan tumpuan kepada kad yang seterusnya; teruskan langkah di atas sehingga semua hutang anda sudah habis.

Sebaik saja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad saja - dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad itu dengan betul.

Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras.

Kita harus melihat kepada pengguna yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.

Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan.

Bayangkan kad kredit itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang yang dicaj.

Dengan itu, anda tidak akan dikenakan kos. Kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda.

INFO: Petua tambahan yang boleh membantu

# Ingat, kad kredit bukan wang percuma.

# Hanya simpan satu atau dua kad.

# Cajkan kad kredit anda hanya untuk barang yang anda mampu bayar.

# Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah.

# Bayar semua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar jumlah lebih daripada bayaran minimum bulanan anda.

demam dan selsema  

Posted by montel

Demam dan selsema untuk hari kedua. agak lama jugak aku tak demam. ni mesti terlalu tension dan situasi yang tidak condusive enuf untuk berfikir

untuk 2 minggu ni , aku amat sibuk
dari balik taman negara, pastu naik ke utara , exam, dan segala jadah lagi tu
menyebabkan aku nak pergi bercuti lagi,
tapi

aku berjaya jugak membeli amp baru, so, sekarang ni agak lengkap la set muzik aku

sekarnag ni pun si Sobrie dah boleh main bass ..jadi nak layan lagu tu tak de masalahnya la ...

nak pergi klinik...

New Cabinet 2009..live  

Posted by montel

aku tgh cuba buat live update ni

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tgh buat pengumuman di Media utama .

mari kita tgk apa hasilnya

1.Sekarang ni menteri dan timbalan menteri kena siapkan KPI dalam masa 30 hari.
2.PM akan memantau KPI. Review setiap 6 bulan. Kepimpinan berasaskan pretasi
3. 2 kementerian di bubar
4.kementerian teknologi hijau
5.Majlis penasihat ekonomi
6. Timbalan Perdana menteri memimpin modal insan

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan